











MARA Liner Sdn. Bhd. (MLSB) telah mengadakan Sesi Townhall 2026 yang berlangsung di Ibu Pejabat dan disertai secara dalam talian oleh seluruh cawangan MLSB di seluruh Malaysia.
Sesi Townhall ini menjadi ruang amanat Ketua Pegawai Eksekutif MLSB, Encik Wan Md Hazlin Agyl Bin Wan Hassan, dan menjadi platform penting untuk berkongsi hala tuju strategik syarikat, menjelaskan inisiatif semasa serta memperkukuh komunikasi dua hala antara pihak pengurusan dan seluruh warga kerja.
Semoga setiap perkongsian yang disampaikan menjadi pencetus semangat dan inspirasi kepada seluruh warga kerja MLSB dalam usaha membentuk organisasi yang lebih berdaya saing, berwibawa dan berintegriti.


