
12 Mac 2026 – MARA Liner Sdn. Bhd. (MLSB) menerima 2 bas ‘double decker’ baharu dari Majlis Amanah Rakyat (MARA) sempena Naratif Eksklusif Ketua Pengarah MARA yang berlangsung hari ini.
Sesi penyerahan bas double decker bagi kegunaan perkhidmatan luar bandar Zon Timur ini telah disempurnakan dengan simbolik penyerahan replika kunci dari Ketua Pegawai Eksekutif SKS Coachbuilders Sdn. Bhd.; Dato’ Roy Soo Kum Kin kepada Ketua Pegawai Eksekutif MLSB; Encik Wan Md Hazlin Agyl, disaksikan oleh Dato’ Zulfikri bin Osman, Ketua Pengarah MARA; Encik Zahari bin Aziz, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA; Dr. Azmi bin Amat Murjan, Pengarah Kanan (Pelaburan) MARA; serta Encik Yahaya bin Sani, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation Sdn. Bhd.
Penyerahan bas ini selaras dengan komitmen MARA dalam mempertingkatkan akses mobiliti serta kemudahan pengangkutan kepada masyarakat, khususnya di kawasan luar bandar. Inisiatif ini juga dijangka menyumbang kepada penjanaan hasil serta menyokong kelestarian perniagaan MLSB selari dengan aspirasi MARA dalam memperkasakan entiti perniagaannya.


