12 Mac 2026 – Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah menerima kunjungan hormat daripada YBrs. Tuan Wan Agyll Wan Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif MARALiner Sdn. Bhd. bersama delegasi kepada YBrs. Tuan Ahmad Radhi bin Maarof, Ketua Pengarah APAD di Ibu Pejabat APAD.
Pertemuan ini menjadi platform perkongsian pandangan antara pihak kerajaan dan pengendali perkhidmatan bas, khususnya berkaitan operasi Bas Berhenti-henti serta usaha penambahbaikan yang berterusan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan pengangkutan awam kepada rakyat terus dipertingkatkan.
Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) APAD, Pn. Masita binti Mat Isa serta pengarah-pengarah bahagian APAD.
APAD komited untuk terus memperkukuh kerjasama strategik bersama pengendali industri bagi memastikan sistem pengangkutan awam darat yang lebih cekap, selamat dan mampan demi manfaat rakyat.
info tepat | mobiliti mampan
#APAD #APADchannel #BasBerhentiHenti #PengangkutanAwam #MobilitiMampan







