PUTRAJAYA, 11 Feb. – Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan MARA Liner bakal menjalin kerjasama strategik bagi memperkukuh sokongan logistik dan mobiliti dalam pelaksanaan program pembangunan masyarakat di seluruh negara.
Potensi kerjasama itu dibincangkan dalam kunjungan hormat Ketua Pegawai Eksekutif MARA Liner, Encik Wan Md Hazlin Agyl ke atas Ketua Pengarah KEMAS, Datuk Mohd Hanafiah bin Man di Ibu Pejabat KEMAS hari ini.
Fokus utama perbincangan melibatkan penggunaan kemudahan MARA Liner seperti perkhidmatan bas sewa khas dan rangkaian laluan luar bandar bagi menyokong keperluan logistik warga kerja KEMAS, khususnya golongan guru dan penggerak program komuniti.
Langkah ini bertujuan memastikan penyampaian perkhidmatan jabatan lebih efektif menerusi rangkaian pengangkutan yang lebih tersusun.
Turut hadir Pengurus Besar Unit Integrasi MARA Liner, Encik Abdul Hadi Hanid serta Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) KEMAS, Tuan Khairuddin bin Md Nasir.
#TQKEMAS#imkemas#kemas4u#disinibermula#luarbandarsejahtera#KKDW#ZahidHamidi#MalaysiaMadani#MADANIBekerja#RancakkanMADANI


